Sunday, August 7, 2011

Saiful berhak dapatkan keadilan


Bapa Saiful mohon Suhakam teliti kes Anwar

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diminta meneliti perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 8 Ogos depan ditangguhkan.

Bapa mangsa, Azlan Mohd. Lazim berkata, beliau percaya anaknya, Mohd. Saiful Bukhari perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.

“Saya percaya bahawa hak anak saya sebagai mangsa dan warganegara yang dilindungi haknya menurut Perlembagaan perlu mendapat hak untuk diadili aduannya,” katanya.

Namun katanya, perbicaraan anaknya sehingga kini telah berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.

“Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Suhakam dapat meneliti hal-hal keadaan dalam perkara-perkara yang mempunyai implikasi penangguhan bagi perbicaraan kes tersebut,” katanya dalam surat kepada Suhakam yang difaks kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pada 13 Julai lalu, Anwar diperintahkan memberi keterangan bela diri atas pertuduhan liwat mulai 8 hingga 26 Ogos ini setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama – Utusan


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online